Rabu, 18 Mac 2009

TARIKH PEMERIKSAAN

Tuan,

KURSUS DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN TAHUNAN
ANGGOTA PASUKAN PENYELAM JBPM TAHUN 2009

Adalah saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Bahagian ini sedang merancang untuk mengadakan kursus serta pemeriksaan kesihatan tahunan bagi penyelam JBPM. Tarikh yang dicadangkan adalah seperti berikut:-

2.1. Siri pertama pada 17 Ogos hingga 21 Ogos 2009.
2.2. Siri kedua pada 28 September hingga 02 Oktober 2009.

3. Kursus dan pemeriksaan kesihatan tersebut akan diadakan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (FRAM), Kuala Kubu Bharu (KKB). Surat panggilan bagi menghadiri kursus akan dikeluarkan kemudian setelah tarikh kursus tersebut ditetapkan. Bahagian Operasi Negeri / Ketua Bahagian dikehendaki mengambil tindakan seperti berikut:

3.1. Mencadangkan senarai nama pegawai bagi siri pertama dan siri kedua berdasarkan keperluan operasi dan menghantar senarai tersebut ke Bahagian ini untuk tindakan pentadbiran. (Faks ke 03-88880843 atau e-mail ke jasad@bomba.gov.my) Sila pastikan kelak pegawai tersebut hadir mengikut kumpulan yang dicadangkan tanpa gagal. Senarai nama penyelam di bawah pentadbiran tuan pada masa kini adalah seperti di Lampiran 1. Sila kemaskinikan senarai tersebut jika perlu.



3.2. Mengatur dan menyelaras pemeriksaan kesihatan serta ujian perubatan di hospital awam berdekatan sebelum menghadiri kursus dan pemeriksaan kesihatan di FRAM, KKB. Tarikh pemeriksaan di hospital awam itu hendaklah disesuaikan agar keputusan dan laporan kesihatan tersebut sah digunakan pada masa pemeriksaan di FRAM nanti. Pemeriksaan kesihatan yang perlu dibuat adalah berdasarkan Format Pemeriksaan Perubatan Menyelam seperti yang telah ditetapkan sebelum ini. Borang yang perlu digunakan telah diedarkan kepada semua Penolong Pengarah Operasi Negeri sebelum ini.

3.3. Laporan kesihatan yang lengkap dan filem x-ray yang terkini hendaklah dibawa bersama semasa hadir kursus dan pemeriksaan tersebut.

4. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh berhubung terus dengan PgKB I Jamil Bin Saadun (013-2702651, faks 03-88880843 dan e-mail ke jasad@bomba.gov.my).

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan